Zakat Emas Dikira Dalam Dua Keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Contoh: 2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : 2.5% x RM 8,500= RM 212.50
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf* adalah 150 gram emas.
Contoh: Berat Emas yang dipakai = 250 gram (Uruf Emas = 150 gram)
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
Contoh : 2.5% x (100 gram x RM 100.00) = RM 250.00
*Nota: Kadar uruf bagi zakat emas yang dipakai adalah berbeza-beza mengikut negeri. Sila rujuk Pusat Zakat di negeri masing-masing untuk mengetahui kadar uruf.
3. Perak
Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.
Contoh: 800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
Sumber dari http://zakat.com.my/zakat-emas